BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

03 June 2013

cinta

cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.
Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.
Cintu adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.
Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .
Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..
Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas orang lain. Tetapi tak usahlah KECEWA. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalah sepenuh hati. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi.
Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.
Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….
Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah. 
itulah CINTA. 

sincerely, cahaya anida

kerana engkau, aku LEBIH BAHAGIA SEKARANG. :)

ALHAMDULILLAH.. 
terima kasih kepada kamu. kamu telah pun berjaya membuat hati saya rasa gembira. 
terima kasih sekali lagi. 
ALHAMDULILLAH, ya ALLAH, terima kasih. 

05 December 2012

ALHAMDULILLAH

alhamdulillah. 
terima kasih ya ALLAH. ALHAMDULILLAH.ALHAMDULILLAH.ALHAMDULILLAH.
dah 21 tahun aku hidup di bumi ALLAH S.W.T. :)

terima kasih tidak terhingga kepada kawan semua, yang tak henti-henti memberikan ucapan selamat kepada aku. alhamdulillah. seronok tak terhingga sehinggakan rasa tak percaya dah hidup 21 tahun kat dunia ni. terima kasih tak terhingga. ya ALLAH, banyak betol kenangan hidup sepanjang aku masih lagi bernafas dimuka bumi ALLAH ini. ;)

terima kasih lagi sekali korang sebab mendoakan kesejahteraan aku didunia & diakhirat. apapun yang terjadi pasti ada hikmahnya kan? rasa terharu sangat sebab korang ingat hari lahir aku. :) ada yang wish awal, ada yang bagi hadiah awal. hehe. macam-macam gelagat korang wish kat aku. ada yang lupa. tapi boleh ingat balik sebab tengok kat FACEBOOK. HAHA. korang terima kasih, tak tahu nak cakap apa lagi, sebab terlampau terharu sangat sangat. 

apapun aku tetap hargai setiap ucapan yang kawan-kawan aku berikan. :)
dan aku tak lupa juga, ada yang bagi ucapan di MYSPACE. terima kasih aku ucapankan. in shaa ALLAH, walaupun kita tak tegur dah sampai sekarang kau tetap kawan aku. :') walaupun banyak kenangan pahit dan manis bersama kau. aku tak lupakan. kaulah kawan dunia akhirat. kita jumpa disyurga ya?! :')

apa yang lepas, biarkan yang lepas, betol tak? ^_^ jangan risau, aku tak pernah lupakan kawan-kawan aku. aku sayang kau sangat. kau tetap kat hati aku. walaupun jarak memisahkan, ingatku dalam doamu. :')
setiap pertemuan, ada perpisahan. aku REDHA apa yang berlaku. 
dah tertulis diLUHMAHFUZ, jadi aku terima dengan hati yang terbuka. :)

apa yang lepas, jangan dikenang, teruskan perjuanganmu wahai sahabatku :')
in shaa ALLAH, setiap yang berlaku ada hikmahnya. :')

jadikan MUSIBAH itu pengajaran buat diri kita, ambil iktibar dengan apa yang telah berlaku. setiap sesuatu, ada hikmahnya :) assalamualaikum.