BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

01 December 2012

berserah

subbahanaALLAH, perancangan yang diaturkan semuanya musnah macam tu je.
siapa sangka, apa yang kita impikan dulu bersama orang yang kita sayang, sekarang hanya mimpi. itulah dia perancangan ALLAH , kita sebagai manusia hanya mampu merancang, dan ALLAH yang menentukan, sama ada itu baik @ tidak untuk kita , hanya DIA sahaja yang tahu. rasa macam sekejap sangat benda ni berlaku. macam-macam benda yang aku lalui. 

alhamdulillah, aku masih lagi bernafas sehingga ke hari ini, siapa sangka  dalam masa 3tahun, masa yang singkat aku belajar erti kebahagiaan, kasih sayang, persahabatan, dan lain2. banyak sangat. haiishhh, nak ingat 1 persatu susah la. tapi dalam 3tahun selama aku di bumi darul ridzuan ini, banyak yang telah aku pelajari. 

tak sangka aku sekuat ini. banyak liku-liku kehidupan yang aku lalui , apa yang dirancang semuanya musnah sekelip mata. tapi alhamdulillah, ALLAH sentiasa ada bersama aku. :')
aku tidak keseorangan. yeahhh :')
nak kekalkan iman ini, bukan senang, susah sangat, banyak sangat dugaan yang datang. biasalah ALLAH rindu dengan rintihan hamba-hambanya, jadi setiap dugaan , samada waktu kita susah, atau kita senang, janganlah kita lupa padanya. 

yea, dunia dah akhir zaman. takut bila didengarnya. sudah cukup ka amalan kita dimuka bumi ALLAH ni. :'( subbahanaALLAH, takutnya.. 

mari kita sama-sama berdoa : 


رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَيْءٍ رَحْمَةً وَعِلْمًا فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka"
(Ghaafir : 7)

26 November 2012

pengakhiran yang ditunggu-tunggu.

alhamdulillah. 
masa yang dinanti-nantikan telah tiba. setiap pertemuan ada perpisahan. ya ALLAH, sebaknya rase, semalam waktu nak tinggalkan ipoh, hati rasa sayu je, naik je bus, amek kau banjir terus dalam bus.(menangis) siapa tak sedih, susah senang, sama-sama. banyak betul lah kenangan kat ipoh. lagi2 ngn kawan2 rumah. yaALLAH, bila la dapat jumpa korang lagi. sebak sangat hati ni bila tengok gambar-gambar korang. aku rindu sangat2 kat korang. aku sayang sangat2 kat korang. 

in sha ALLAH, nanti kalau ada diantara korang yang dah kahwin, jangan lupa jemput. :p hihi aku menantikan saat-saat tu pula.


perpisahan mengajar aku erti kerinduan , kasih sayang dan persahabatan yang tiada pengakhiran ^_^ 

dugaan, dugaan, macam-macam dugaan yang aku dapat, 
macam-macam cabaran yang aku tempuhi.

Doa aku hari ini, 
ya ALLAH semoga aku beroleh ketenangan dan ketabahan didalam cabaran hidup ini
sejahterakanlah kehidupan teman-teman dan orang-orang yang aku sayangi. :')

**jangan pernah membenci seseorang yang telah melukakan hati kita, kerana orang itu juga yang pernah membuat kita tersenyum.


31 August 2012

:')

kadang-kadang kita kena tabah. walau seberat mana pun dugaan tu, kita kena laluinya juga.

"ya ALLAH ya TUHANku, limpahkanlah kesabaran kepada aku, dan matikanlah aku dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)" 

dan hanya padamu aku bertawakal :') 
" ya ALLAH ya TUHANku ! Kepada Engkaulah aku berserah diri, dan kepada Engkaulah aku rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!"

cahaya anida :')