subbahanaALLAH, perancangan yang diaturkan semuanya musnah macam tu je.
siapa sangka, apa yang kita impikan dulu bersama orang yang kita sayang, sekarang hanya mimpi. itulah dia perancangan ALLAH , kita sebagai manusia hanya mampu merancang, dan ALLAH yang menentukan, sama ada itu baik @ tidak untuk kita , hanya DIA sahaja yang tahu. rasa macam sekejap sangat benda ni berlaku. macam-macam benda yang aku lalui.
alhamdulillah, aku masih lagi bernafas sehingga ke hari ini, siapa sangka dalam masa 3tahun, masa yang singkat aku belajar erti kebahagiaan, kasih sayang, persahabatan, dan lain2. banyak sangat. haiishhh, nak ingat 1 persatu susah la. tapi dalam 3tahun selama aku di bumi darul ridzuan ini, banyak yang telah aku pelajari.
tak sangka aku sekuat ini. banyak liku-liku kehidupan yang aku lalui , apa yang dirancang semuanya musnah sekelip mata. tapi alhamdulillah, ALLAH sentiasa ada bersama aku. :')
aku tidak keseorangan. yeahhh :')
nak kekalkan iman ini, bukan senang, susah sangat, banyak sangat dugaan yang datang. biasalah ALLAH rindu dengan rintihan hamba-hambanya, jadi setiap dugaan , samada waktu kita susah, atau kita senang, janganlah kita lupa padanya.
yea, dunia dah akhir zaman. takut bila didengarnya. sudah cukup ka amalan kita dimuka bumi ALLAH ni. :'( subbahanaALLAH, takutnya..
mari kita sama-sama berdoa :
01 December 2012
berserah
رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَيْءٍ رَحْمَةً وَعِلْمًا فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ
(Ghaafir : 7)
luahan dari Cahaya at 12:17 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment